28 - 30 Januari 2022: Program Retreat Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad (KEKAL)
Program yang berlangsung selama dua (2) hari di PPBGL ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Sains, YBrs Dr Muhamad Shakirin Mispan. Program ini juga dihadiri oleh pakar-pakar industri dalam bidang penternakan
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
20 April 2022 : Latihan Praktikal Bioteknologi Haiwan International University of Malaya Wales (IUMW) di PPBGL
PPBGL telah mengadakan latihan praktikal bioteknologi haiwan kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi IUMW di PPBGL. Para pelajar telah didedahkan dengan teknologi-teknologi reproduktif haiwan sepanjang latihan praktikal dijalankan. Latihan telah disampaikan oleh Pegawai Penyelidik PPBGL, Encik Mohd Shahmi Hakimi Mazlishah dan Penolong Penyelidik, Cik Nur Ain Kamarulzaman.
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
13 - 16 Mei 2022 : Kursus Etika dan Integriti Kor SUKSIS Universiti Malaya dan Kursus Pertolongan Cemas Kor SUKSIS Universiti Malaya
KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA SISWI UNIVERSITI MALAYA (KOR SUKSIS UM) telah mengadakan Kursus Etika dan Intergriti bersama dengan Kursus Pertolongan Cemas dari 13 hingga 16 Mei 2022 di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi Universiti Malaya yang melibatkan penyertaan seramai 146 orang pelatih Kor SUKSIS UM.
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
27 - 29 Mei 2022 : Program Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi UM
Seramai lebih kurang 60 orang peserta pengakap Negeri Sembilan telah berkhemah di PPBGL selama 3 hari.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
18 - 23 Julai 2022 - Kursus Pengenalan Asas Pasukan Gerakan Am (PGA) Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi Universiti Malaya (KOR SUKSIS UM)
Pada 18 hingga 23 Julai 2022 seramai 77 orang kadet 4 Jurulatih dan 9 orang Jurulatih PGA Ulu Kinta daripada Kor SUKSIS UM telah menjalani Kursus Pengenalan Asas Pasukan Gerakan Am (PGA) Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi Universiti Malaya di PPBGL.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
20 Julai 2022 - Lawatan University of Malaya Institutional Animal Care and Use Committee (UMIACUC)
Lawatan daripada University of Malaya Institutional Animal Care and Use Committee (UMIACUC) pada 20 Julai 2022 bagi melihat fasiliti penyelidikan haiwan di PPBGL. Lawatan diketuai oleh Pengerusi UMIACUC , YBrs Profesor Dr Rosli Ramli.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3 September 2022 : Majlis Persaraan dan Serah Tugas Tuan Haji Azman Mat Nor (Penolong Pegawai Sains Kanan PPBGL)
PPBGL telah mengadakan satu majlis ringkas bagi menghargai dan meraikan persaraan Tuan Haji Azman Mat Nor, Penolong Pegawai Sains Kanan di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi UM. Majlis turut dihadiri oleh pengurusan PPBGL, kakitangan dan pelajar yang diadakan di Dewan Makan PPBGL. Tugas-tugas Tuan Haji Azman Mat Nor yang bersara wajib pada 27 Ogos 2022 kini digalas oleh En. Abdul Halim Mohamad, Penolong Pegawai Sains Kanan yang sebelum ini bertugas di Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan UM.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
21 Ogos 2022 : Hari Terbuka Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad (KEKAL )/Akartani di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi
KEKAL melalui rakan kongsi mereka Akartani telah mengadakan Hari Terbuka KEKAL pada 21 Ogos 2022 (Ahad). Program yang diadakan di PPBGL ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan syarikat kepada rakan kongsi dan penduduk setempat. Program telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang penduduk setempat. Pada program ini juga penduduk setempat telah didedahkan dengan cara-cara membuat baja organik dan berpeluang memetik sayur-sayuran segar secara percuma.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
13 Ogos 2022 : Hari Terbuka KEBUN KITA di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi Universiti Malaya
Pada 13 Ogos 2022, Kebun Kita telah mengadakan satu Program Hari Terbuka Kebun Kita bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi Universiti Malaya. Program ini diadakan bagi mempamerkan dan memperkenal perniagaan cendawan Kebun Kita kepada para pelabur mereka dan penduduk setempat. Program juga telah dihadiri oleh Timbakan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Sains YBrs Dr. Muhamad Shakirin Mispan dan lebih kurang 100 orang pelawat. Pelawat juga berpeluang melawat dan melihat sendiri operasi ladang cendawan yang dikendalikan oleh Kebun Kita di PPBGL.
Last Update: 08/01/2023