• Glami Lemi Biotechnology Research Centre
  • glamilemi@um.edu.my
  • 06-6113350
logo
logo

Latihan Pengurusan dan Pembiakbakaan Ruminan Kecil (LPPRK) Siri 1/2023

Satu siri Latihan Pengurusan dan Pembiakbakaan Ruminan Kecil (LPPRK Siri 1/2023) telah diadalah di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi (PPBGL) pada 3 hingga 4 Jun 2023. Program yang disertai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan dan Syarikat One Lazuli ini telah disertai oleh penternak, pelajar dan kakitangan awam seramai 32 orang. Pada siri latihan kali ini, para peserta telah didedahkan dengan cara pengurusan ternakan ruminan kecil dan penggunaan teknologi-teknologi pembiakan berbantu seperti permanian beradas, pengumpulan sperma dan evaluasi serta penggunaan mesin ultrasound. Para peserta juga berpeluang berkongsi pendapat bersama penyelidik-penyelidik PPBGL serta pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengenai permasalahan yang dihadapi mereka.

Last Update: 09/06/2023